FAQ

Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban

Soalan Lazim

Adakah pembelian saya mempunyai warranty (jaminan)?
Kami membuat jaminan untuk pengantaran. Jika barangan yang sampai kepada anda mempunyai masalah seperti lens pecah/ bingkai patah, kami akan menggantikan dengan yang baru dengan syarat hendaklah memaklumkan kepada kami dalam masa 12 jam selepas barang diterima. Anda perlu mengepos semula barangan kepada kami terlebih dahulu dengan memberi tracking number Pos Laju

Selepas pengesahan, kami akan menghantar semula yang baru. Bagaimanapun, kes seperti kerosakan lens dan bingkai jarang berlaku kerana kami telah membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membuat penghantaran didalam kotak yang keras dan selamat.

Bolehkah sekiranya saya ingin menukar saiz setelah barangan diterima?
Ya, boleh..tetapi anda perlu membayar RM10 bersama barang yang hendak dikembalikan sebagai kos penghantaran Pos Laju dan pembungkusan dari pihak kami.

Bolehkah saya menukar kepada model lain selepas barangan diterima?
Maaf, kami tidak dapat membenarkan pertukaran tersebut.

Adakah barangan jualan akan menjejaskan penglihatan ataupun akan mengakibatkan sakit kepala apabila memakai terlalu lama seperti kebanyakan di pasar malam?
Tidak. Cermin mata yang kami jual mengandungi lapisan penghalang sinar UV yang melindungi retina mata daripada rosak. Retina mata yang terdedah pada sinar UV inilah yang menyebabkan sakit mata dan kepala.

Berapakah nilai penghalang UV yang ada pada lens?
Nilai lapisan UV pada lens adalah 400UV Protection iaitu sama dengan yang ada pada lens Original. Ini bermakna kualiti lens adalah sama 100% dengan Original lens.

Kenapa Ray Ban yang dijual di pasar malam hanya berharga RM10?
Ray Ban yang dijual di pasar malam adalah Ray Ban murah yang tidak mempunyai kualiti gred. Lens yang hanya dibuat dari plastik keras dan tidak mempunyai UV protection yang boleh menyebabkan sakit kepala jika pakai terlalu lama. Walaupun terdapat sticker yang mengatakan ada perlindungan UV, tetapi jika diuji di bawah mesin sinar UV Detection, ia sebenarnya tidak mempunyai UV protection sama sekali. Pemakai juga boleh menghadapi risiko untuk mendapat penyakit kanser. Sila baca info disini.

Apakah perbezaan cermin mata Ray Ban replika antara gred 3A dan gred 5A?
Ray Ban replika gred 3A dalam kategori 90% hampir sama dengan Ray Ban authentic dari segi material untuk frame dan lens. Ciri-ciri markings asal Ray Ban seperti di arms dan bridge Ray Ban dan juga pada lens Ray Ban tersebut. Tetapi bagi aspek ketelitian Ray Ban gred 3A masih kurang.

Ray Ban replika gred 5A pula dalam kategori ini 99-100% hampir sama dengan Ray Ban authentic dari segi material untuk frame dan lens, ciri-ciri markings asal Ray Ban dan juga rasa pakainya. Jika dibandingkan dengan Ray Ban yang dijual di kedai-kedai Optikal di Malaysia, ianya kelihatan sama dari segi fizikal dan kualiti. Kualiti Ray Ban kategori ini dijamin memuaskan hati si pemakai.

Bagaimanakah untuk saya mengetahui ukuran saiz sesuatu model?
Di sini kami berikan contoh gambaran saiz ukuran untuk beberapa model:

Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban
Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban

Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban

Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban

Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban
Bagaimanakah untuk saya memilih cermin mata yang sesuai mengikut bentuk muka?
Bentuk muka terbahagi kepada lima iaitu bujur sirih, panjang, bulat, empat segi dan berbentuk hati.Berikut adalah info penyesuaian bentuk muka dalam memilih cermin mata:
  • Mereka yang memiliki bentuk muka bujur sirih amat bertuah kerana kebanyakan bingkai kaca mata sesuai digayakan selagi saiz bingkai berkenaan tidak terlalu besar daripada wajah.
  • Muka panjang memiliki dagu dan pipi dengan kelebaran yang sama. Ini bererti, bingkai perlu menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah wajah bagi mengurangkan jarak panjang itu.
  • Wajah bulat, pilihlah bingkai berbentuk lebar atau sudut tajam bagi mengurangkan bentuk bulat. Bingkai berbentuk empat segi tepat adalah paling ideal. Warna gelap seperti hitam atau bumi juga dapat mengurangkan bentuk wajah yang bulat.
  • Wajah berbentuk empat segi, pilihan bingkai sesuai ialah berbentuk melengkung manakala pemegang bingkai atau pelipis cermin mata perlu terletak sedikit tinggi daripada bahagian pelapis agar rahang tidak terlalu menonjol.
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur sirih sesuai sekali untuk wajah empat segi.
  • Wajah berbentuk hati memiliki dahi luas dan kecil pada bahagian mulut dan dagu. Bingkai nipis atau tanpa rim membantu mengimbangi bahagian bawah wajah. Pilihlah bingkai berbentuk empat segi pada bahagian bawah untuk diseimbangkan dengan bentuk wajah. Bingkai tidak sepatutnya terletak terlalu tinggi di bahagian atas muka. Sebaiknya, elakkan bingkai yang besar.
Ray Ban Malaysia Sales | Sunglasses Price | Original Ray Ban
Ray Ban Malaysia | Ray Ban Sunglasses Sales (Original Grade)